Author Archive

Tinyurl… Kepentingannya?

Pernahkah anda menaip url yang sepanjang ini http://www.domain.com/?get=xsvthe.75&id=129xhekjasoiwlnm.NHyhja&action=asklaoiasafioaf. Kalau aku huh! tentu ia memenatkan jari jemari. Apa kata anda ubah link tersebut kepada url yang memudahkan kepada http://www.tinyurl.com/104. Ya. Tukarkan link anda yang panjang kepada link yang lebih senang dan mudah di Tinyurl. Tinyurl menyediakan perkhidmatan untuk redirect(penghantar url ke url yang sebenar).

Tinyurl menyediakan perkhidmatan ini secara percuma dan link yang anda masukkan tidak akan ada tarikh luput. Memang mudah dan senang.

Namun kemungkinan juga kemudahan perkhidmatan ini disalahguna oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Bayangkan kalau anda mendapat link www.tinyurl.com/kejayaan dilinkkan ke laman web lucah.  Tinyurl ada kebaikan dan keburukannya. Semuanya bergantung pada diri anda. Tapi jika anda seorang pengguna yang bertanggungjawab aku rasa tiada masalah untuk anda menggunakannya dengan sewajarnya.

Bila kita freedom… RAZZI.MUZ.IK

cd cover mereka
cd cover mereka

Aku macam tak percaya je bila aku dapat email yang aku subscribe dengan jutawan internet (Irfan Khairi) yang mengatakan dia ada band. Memang macam tak percaya. Aku tak pernah dengar dan tak tertengok plak IK dalam astro. Tapi itu lah dia RAZZI.MUZ.IK yang terdiri dari Razzi Rahman, Muzamil & IK )Irfan Khairi). Menampilkan 2 buah lagu selamanya & reaching higher. Tanpa melengahkan masa aku pun mendowload lagu mereka yang boleh didapati di RAZZI.MUZ.IK.

Memang macam tak percaya! Bagi aku inilah dia freedom. Impian yang tak kesampai suatu ketika dulu kini boleh digapai tanpa halangan yang terdahulu. Aku pun teringin nak jadi macam mereka. Semua ini usaha bukan. Tabik spring 10x dan 5 Bintang untuk usaha + impian + lagu + lirik yang mereka sajikan dalam site RAZZI.MUZ.IK.

Macam tak percaya! tapi percayalah kalau anda penggemar lagu rock era 80an inilah lagu terbaru ala scorpion, slow rock. Best jugak nak layan. Terutamanya lagu Reaching higher…. sebab bila nak layan ni sila bayangkan IK mencapai impiannya..tak ke hangin…kalau kita masih lagi dibangku yang sama.. AYUH 2009 this is it!

ENJOY

Selamat Hijrah1430 & tahun Baru 2009

Alhamdulillah, Syukur kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya kit amasih lagi ada di sini. Masih banyak yang perlu diselesaikan, masih banyak hutang yang perlu dilunaskan dan masih belum tentu esok masih ada lagi untuk kita sebagai manusia dimuka bumi ini. Jadi.. WAKE UP! BANGUN! ayuh gerakkan langkah mu, habiskan kerja yang telah dimulakan dan dekatkanlah diri kamu dengan pencipta mu agar kita sedar & di lindungi di bawah rahmat dan petunjuknya di dunia yang sementara.

Akhirnya version WORDPRESS 2.7 update

wordpress2.7
wordpress2.7

Berjaya juga upload version baru wordpress 2.7 & park di Server baru. Wordpress 2.7 “Coltrane” panggilannya.Apa yang menarik pasal version yang terbaru? Lebih mudah & lebih canggih serta dengan rekabentuk menu yang menarik memandangkan dulu saya pernah menggunakan Wordpress 2.2. Cara instalasi version 2.7  juga amat senang & mudah.

Penggunaan text Editor yang lebih fleksible serta mempunyai fungsian dari segi ubah warna teks, paste word dokumen @ normal text, justification & lain-lain ciri tambahan yang terdapat didalamnya.

MEMANG tak rugi anda menggunakannya.

RSS Belajar PHP