Archive for August 2008

Berlangsunglah sudah perarakan, perarakan dan detik menunggu kemerdekaan. SYukur alhamdulillah Negara Malaysia masih aman damai walaupun didalam kekecohan arena politik. Mudah-mudahan kita mampu mengekalkan persekitaran yang kita ada sekarang. Kita kena merasai sertamenghargai semangat kemerdekaan yang kita julangkan setiap tahun dan sekarang sudah 51 tahun Malaysia merdeka.

Namun tahun ini kemerdekaan itu sambutannya agak kurang berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Yang pastinya ia bukan disebabkan oleh Kerajaan yang tidak memberi peruntukan percuma Bendera Malaysia untuk dilekatkan pada kereta. Hairan juga bila masa kita tiada inesiatif sendiri untuk membeli bendera-bendera Malaysia untuk menghangatkan lagi suasana kemerdekaan sedangkan harganya hanya RM 2- RM 5  sahaja.

  • Merdekakah kita dari pemikiran kita ?
  • Merdekakah kita dari masalah kewangan  peribadi ?
  •  Merdekakah kita dari jajahan budaya asing ?
  • Merdekakah kita dari sifat negatif dan buruk sangka kita ?
  • Merdekakah diri kita dari belenggu nafsu syaitan dan amarah ?

Rasanya kita masih lagi dijajah dengan perkara-perkara diatas. Sekarang kita sendiri yang harus memperjuangkan kemerdekaan kita, bukan untuk negara tapi untuk diri kita sendiri agar mampu berdaya saing dan menaikkan martabat serta taraf hidup kita kearah keberkatan dan dibawah lindungan rahmat illahi. Maka dapatlah kita wujudkan persekitaran yang lebih positif dan berhemah dikalangan diri kita.

Merdeka, Merdeka, Merdeka.

Alhamdulillah. Dapat bonus tahun ni. Dapat sebulan gaji alhamdulillah. Nampaknya boleh lah setlekan apa yang patut. Pembayaran bonus dibuat 2 Kali. Bulan september dan disember. Selain dari tu bajet kali ini memberi suntingan yang amat bermakna terutamanya aku sebab bonus dan tiada pembayaran dikenakan kepada bil-bil elektrik yang tidak melebih RM 20 sehingga akhir 2009. Bukan ke syokkk tu.

Alhamdulillah Syukur dengan rahmat Allah.

Berikut adalah intipati Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Rakyat hari ini.

Jumlah bajet

  • Bajet 2009 sebanyak RM207.9 bilion - naik 5.1 peratus dari tahun lalu. Dari jumlah itu RM154.2 bilion bagi peruntukan mengurus manakala RM53.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.
  • Peruntukan pengurusan - RM86.3 bilion atau 56.6 peratus (pemberian dan kenaan bayaran tetap); RM38 bilion (emolumen), RM26.5 bilion (perkhidmatan dan bekalan), RM2.4 bilion (pembelian aset) dan RM1 bilion (perbelanjaan lain).
  • Peruntukan pembangunan - RM27.8 bilion (sektor ekonomi - pertanian, perindustrian, perindustrian dan infrastruktur), RM17.8 bilion (sektor sosial - pendidikan, kesihatan dan perumahan), RM4.1 bilion (sektor keselamatan), RM2.1 bilion (pentadbiran) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka).
  • Bajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah dibina selama ini terus terjamin dan untuk itu adalah penting diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya negara berupaya menangani kesan persekitaraan luar yang semakin sukar.
  • Bertemakan Kerajaan Prihatin, Bajet 2009 tertumpu kepada tiga strategi khusus iaitu, menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti dan memperkukuh daya tahan negara.
  • Kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik.

Jaringan keselamatan sosial

  • Kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah.
  • Menghargai jasa pesara, dan bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.
  • Kerajaan akan menubuhkan satu tabung khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.
  • Memandangkan tanggungjawab besar ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan, kerajaan telah menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuatkuasa mulai 1 September 2008.


Membasmi kemiskinan

  • Kadar kemiskinan dikurangkan dari 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007.
  • Kerajaan telah menyediakan RM50 juta dibawah Program Bantuan Rumah untuk membina 1,400 rumah baru dan membaikpulih 1,000 buat rumah.
  • Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutamanya untuk mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan Rm420 juta untuk Sarawak.

Kecuali bil elektrik RM20

  • Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu membayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.
  • Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia ialah 6.3 peratus bagi suku kedua 2008, menjadikan pertumbuhan setengah tahun pertama tahun ini pada tahap 6.7 peratus.

Cukai pendapatan

  • Rebat cukai pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000. Ekoran itu 100,000 pembayar cukai dari golongan berpendapatan rendah, tidak lagi dikenakan cukai.

Barangan pengguna

  • Duti import atas beberapa barangan pengguna - pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik - dikurangkan dari antara 10 hingga 60 peratus kepada 5 hingga 30 peratus.

Cukai jalan

  • Cukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008.

Orang Kurang Upaya (OKU)

  • Memberi elaun RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU).
  • Murid OKU di sekolah pendidikan khas akan ditambah dari RM50 kepada RM150.
  • Bayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru di sekolah pendidikan khas.

Kakitangan kerajaan

  • Bayaran bonus sebulan gaji bagi 2008 atau minimum RM1,000 dalam dua bayaran pada September dan Disember ini.
  • Tempoh pinjaman perumahan dilanjutkan dari 25 tahun kepada 30 tahun bagi pinjaman baru
  • Kemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaan
  • Buka panel insurans pinjaman perumahan kerajaan kepada semua syarikat insurans yang layak. Pada masa ini ia terhad kepada lima syarikat sahaja.
  • Kelayakan pendapatan isirumah untuk mendapat subsidi yuran Taska bulanan RM180, dinaikkan dari RM2,000 kepada RM3,000 mulai 1 Januari 2009.
  • Kemudahan tambang pergi-balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak ditambah daripada sekali bagi setiap dua tahun, kepada setiap tahun mulai 1 Januari 2009.

Pembangunan Koridor Pertumbuhan

  • Iskandar Malaysia - Peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik disediakan bagi melaksanakan projek perkongsian sektor awam dan swasta, seperti pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan industri kreatif.

Pelancongan

  • Kerajaan sedia peruntukan RM50 juta untuk kerja pemuliharaan di Pulau Pinang dan Melaka, yang akan dikendalikan oleh badan bukan kerajaan dan sektor swasta.
  • Pelaburan baru oleh pengusaha hotel bertaraf empat dan lima bintang di Sabah dan Sarawak dikecualikan cukai pendapatan 100 peratus atau elaun cukai pelaburan 100 peratus bagi tempoh lima tahun.
  • Syarikat modal teroka yang melabur sekurang-kurangnya 30 peratus dalam bentuk permulaan dan pembiayaan peringkat awal.

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

  • Peruntukan RM5.4 bilion untuk tingkatkan keupayaan PDRM - RM4.8 bilion bagi belanja mengurus dan RM600 juta belanja pembangunan.
  • Peruntukan RM200 juta bagi pembinaan ibupejabat, balai dan pondok polis di seluruh negara.
  • Semua premis perniagaan yang memasang alat kawalan keselamatan di beri Elaun Modal Dipercepatkan yang boleh dituntut sepenuhnya dalam tempoh satu tahun.

Pengangkutan

  • K’jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel
  • Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh dua tahun mulai 15 September 2008.
  • Kecekapan pengangkutan awam ditingkatkan melalui perbelanjaan RM35 bilion dari 2009 hingga 2014.

Kesihatan

  • Duti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak 3 peratus sebarang - dari 15 sen kepada 18 sen.
  • Dengan ini, cukai untuk sekotak rokok 20 batang kini meningkat sebanyak 60 sen.

- Kadar bayaran insentif pakar perubatan akan dinaikkan untuk 3,800 pegawai dengan perbelanjaan tambahan RM26 juta.

  • Kadar bayaran insentif pasukan perubatan udara di Sabah dan Sarawak dinaikkan.
  • Bagi pembantu perubatan, kadar bayaran dinaikkan dari RM20 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.
  • Bagi jururawat pula, dari RM15 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.
  • Pengecualian cukai bagi perubatan radisional seperti akupuntur dan ayuvedic.

Nelayan dan petani

  • Peruntukan RM300 juta, yang mana RM180 juta adalah untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan manakala RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan.
  • Elauan pelaburan semula sebanyak 60 peratus bagi tempoh 15 tahun bagi pelaburan tambahan bagi penternak ayam dan itik.
  • Peruntukan RM475 juta bagi bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu pesawah.
  • Pemansuhan duti import bagi baja dan racun perosak.

Aku dengan ini memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang terguris perasaanya disebabkan oleh kata-kata aku mahupun perbuatan aku. Halalkan makan minum ku dan mudah-mudahan kita semua mendapat keberkatan di bulan Ramadhan yang bakal menjelma.

Ramadhan is coming. Therefore I wish all the muslim & muslimah over the world a very good day and barakah in this upcoming fasting month. I also want to apologized for all the mistaken and harm I’ve done. May we all got the barakah from ALLAH in this Ramadhan al-mubarak.

The candidate of Pakatan Rakyat has won majority of the votes at permatang Pauh. Now the ex-Deputy Prime Minister will be sitting in Parliament as MP. Now we will see a great issue will be taken, a great debate will be taking place. I’m no buyers.

I was hoping this issue will taken care off with a positive logics, positive negotiation and matured mentality in discussing over the arisen issues. May both parties show their professional attitude and not just ‘membabi buta’ or bring back olds issues just to oppress personal matter.

Good luck to both parties. For me and the rest of the malaysian, we shall see and shall analyze all the things happened in front of us with a good judgment and not base own our personal desire or hatred. Let us see who shows the way with a brighter future, safe and secure future to our lives and country.

Today is a big day for penang people especially for the permatang pauh citizen. Today held an election for Adun Permatang Pauh Seat for parliment. There a 3 candidates involve which are from Barisan Nasional, Pakatan Rakyat and AKIM. There also an ex-Deputy Prime Minister candidates for Pakatan Rakyat.

Choose wisely. Wrong decision will last with demonstrations, oppression dan bad for our country.

Sekarang, rasanya sudah terlalut banyak MLM,Skim cepat kaya dan Forex remizer yang tumbuh bagaikan cendawan yang ditanam didapur aku. Ternyata ramai lagi yang masih tak serik-serik nak join mende-mende yang macam ni. Sebabnya mereka menawarkan dan menjanjikan pulangan yang hebat sampai aku sendiri pun goyang.

Mana tak nye ada yang sampai boleh bagi “Abang masuk hari ni lepas sebulan abang akan dapat 130% setiap bulan” ada pulak tu yang jenis “Yang ni lain dari yang lain. Takyah jual barang cari orang saja dah cukup. Tgk cek ni Rm 32,000″ Hebatkan. Semua ini berlaku kerana ada setengah mentaliti kita hanya inginkan sesuatu yang mudah kerana dah serik dah nak bat yang susah-susah. Ada tu yang berusaha separuh jalan saja. Yang pandai adalah orang yang memulakan semua ini sebab ramai orang masuk maka banyaklah income mereka.

Yang paling best apa yang mampu dibuktikan oleh mereka ialah “Kompeni kita orang register dan ada sijil SSM lagi”, “Kita org punya kompeni tak de masalah dengan KHPDN”sekali bank negara dgn suruhanjaya sekuriti check. Habis! semua akaun kene freeze dengan tokey-tokeynya masuk dalam sekali.

Tapi bila kantoi merekalah yang hilang dulu. “Aku tak de duit sekarang. dapat nanti aku bayar balik” ayat lepas duit dah dikantoikan oleh mereka. Kita ada bank negara dan suruhanjaya sekuriti, tapi kita masih lagi suka sebabnya mereka guna ayat yang membakar, ayat yang mencabar dan ayat yang menyakitkan hati. Pada awalnya bila kita dah dapat pulangan kita kita bersyukur tapi bila jadi sebaliknya mulalah kita terkenangkan perkara-perkara lama.

Namun hakikatnya keredhaan dan kesungguhan yang sebenarnya akan menjadikan diri kita senang di dunia mahupun di akhirat kelak. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat membendung diri kita dari terus tertipu dan terus diberi harapan palsu dengan kemewahan yang ilusi. Biar kita sesusah manapun, biar kita sesengket mamcammana pun kita harus berusaha dan berusaha mencari jalan yang diredhai oleh ALLAH dan disahkan oleh kerajaan kita.

Kepada mereka upline-upline atau introducer-introducer yang baru cuba-cuba nak membawa pembaharuan dengan cara menipu dan memberi janji-janji kosong hentikanlah kerana …..”Biar Aku saja yang tahu”

I was looking for curly,grungy & swirly brushes for my illustrator.  So i use this keyword in Google “free illustrator brush” and came a cross with a lots of link there. One link catch my eyes. SO feel free to visit to createsk8 where you can find a lots a free brushes to download,pattern and tutorials also available there.

Don’t forget to donate.

Ok got to finished up my design for upcoming iftar! here’s the link http://createsk8.com

Assalammualaikum and Hello and welcome my personal blog where I express my feelings, thoughts and knowledge to be used as a guide in our daily life. May you all have fun reading it.
Semoga ia dapat dijadikan tauladan dan pedoman dan membantu meningkatkan taraf kehidupan kita seharian.
  •