Semenjak dua menjak ini. Makin menjadi-jadi hal politik Malaysia. Makin banyak pekung di dada akan dibuka. Salah siapa? Kalau di ikutkan perasaan, makin menjadi-jadi kesalahan yang dilemparkan kepada sesiapa yang berkenaan. Jadi apa peranan kita. Apa yang boleh kita lakukan tentang perkara-perkara yang berlaku disekeliling kita. Adakah kita perlu jadi seperti petrol menuang lagi isinya kedalam api yang tengah membara. Atau kita jadi seperti ais yang mahu perkara yang berlaku ini reda dan hilang dari pandangan kita. Kita yang tentukan.
Lain-lain isu yang berlaku seprti kenaikan harga yang begitu teruk janganlah kita hanya mampu mengeluh. Mari kita usahakan mari kita ikhtiarkan perkara yang patut. Salah ke kalau subsidi di hilangkan tapi gaji dinaikkan. Mesti seronok. Namun hakikatnya Bila minyak naik, gaji naik dan apa lagi barang-barang pun naik secara tiba-tiba. Salah siapa? Kalau di ikutkan perasaan mungkin ramai yang tersinggung. Dasarnya siapa yang harus disalahkan.
Kita jadi pelik sekiranya pasaraya yang ternama secara tiba-tiba bekalannya merosot. Bagaimana perkara ini berlaku. Adakah lori bekalan hanya akan sampai dengan nisbah yang tertentu sahaja setiap hari? Takkanlah pasaraya yang gah namanya tiada stok simpanan. Dah cuba belek-belek stor dia, manalah tahu ada yang tersorok dan tersirat didalamnya.
Harta, kaya,kuasa dan dunia. Ini sering kita jadikan garis panduan yang utama dalam kehidupan walhal garis utama bagi kita seorang islam adalah garis panduan islam itu sendiri. Takutkah anda apabila hati anda dipalingkan jauh dari illahi. Namun hanya segelintir yang menjadikan perkara-perkara dugaan dan cabaran ini sebagai satu langkah untuk berubah dan merubah corak kehidupan yang sedia ada. Tapi kita sering kali lupa semua yang berlaku diatas ini ada kaitan dengan diri kita. Dimanakah sikap bersatu padu kita sebagai muslim? Sejauh manakah solat 5 Waktu ditunaikan? Berapa banyak amalan yang kita tunaikan?
Setiap perkara yang tidak baik yang berlaku disebabkan oleh kita itu pasti akan berlaku berlaku kembali kepada kita. Itu yang harus dipegang, dipikul dan difahami bersama-sama.

This post has no comment.